Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, April 15, 2014

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BERSAMA FAREAST MENGISI TABUNG KECEMERLANGAN SMA AL-HASANAH 2014


Kecemerlangan sekolah menjadi fokus utama dalam persaingan dunia pendidikan di Malaysia pada hari ini. Kewangan yang kukuh adalah amat penting dalam menjana kecemerlangan di samping usaha gigih dan komitmen jitu dalam kalangan guru. Kewangan yang kukuh jika dimanfaatkan dengan betul akan dapat memupuk motivasi tinggi dalam kalangan pelajar.

Justeru nasyid boleh menjadi medium yang berkesan untuk menarik perhatian masyarakat terutama dalam usaha mengutip dana, telah mendorong sekolah untuk melaksanakan usaha murni seumpama ini.

Matlamat program ini adalah untuk mengumpul dana khas sebagai pemangkin kepada pelaksanaan aktiviti kurikulum, kokurikulum, pemantapan kerohanian dan disiplin murid. Ia penting demi usaha untuk mencapai kecemerlangan sekolah dalam segala aspek.

Mesyuarat JK Pelaksana program ini telah diadakan pada 15 April 2014 dan bersetuju untuk melaksanakan program ini pada hari Ahad 22 Jun 2014 nanti di Dewan Utama, SMK Keratong 2, Bandar Tun Razak, Rompin, Pahang.

Selain syarikat korperat, institusi kerajaan dan swasta, ibu bapa serta orang awam juga turut serta dijemput menaja dan menjayakan program ini. Hubungi pihak SMA al-Hasanah sekiranya anda berminat menyertainya.

Kami berharap moga ianya menjadi kenyataan. Amin.